Monday, November 30, 2009

MALAS....

mmm malasnya ari nie... setelah 4 ari bercuti dan berhari raya...
malas tol nak wat keje... tp tak leh malas2... ari nie CLOSING....
ujung bln kan... huhuhuhuhu... semua benda ndak di key-in...
kalu tak closing ari nie, mau saya cuti ari nie...
al-maklum la suamiku ada di rumah... huahuahuahua.... :)

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

esok saya dah start cuti... yeyeyeyeyeyey... ari isnin masuk keje balik... huhuhuhu.. kepada kawan2 selamat menyambut hari raya aidiladha... maaf zahir batin... tahun nie kami raya kat shah alam(jln kaki jer balik umah mak) huhuhuhuhu... tak blk terengganu sbb raya puasa ari tu dah balik... Tok ki tunggu ilham balik tahun depan ye.... atok ngan opah mesti suka sbb semua anak2nya beraya kat shah alam tahun nie... :)

ALANGKAH RUGINYA JIKA TIDAK BEKORBAN

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Suatu perkara yang perlu selalu dalam ingatan dan perhatian kita ialah merebut peluang. Lebih-lebih lagi jika peluang itu untuk mendapat keredaan Allah yang menjanjikan suatu keuntungan yang berlipat ganda.
Dalam ibadat, peluang itu kalau dilihat dari sudut masa, kehadirannya ada yang datang hanya sekali dalam setahun seperti malam lailatul qadar di bulan Ramadan yang mana ganjarannya beramal di dalamnya lebih baik dari seribu bulan.
Begitu juga yang berlaku dengan ibadat korban yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun di setiap bulan Zulhijjah yang bermula dari hari ke-10 Zulhijjah sehingga hari yang ke-13 Zulhijjah.
Ibadat korban merupakan ibadat yang sangat dituntut (sunnah mu‘akkadah) dalam syariat Islam. Ia boleh berperanan sebagai platform bagi seseorang untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah subhanahu wa ta‘ala di atas ni‘mat yang dilimpahkan oleh Allah kepadanya.
Di samping itu juga, ia merupakan sebahagian daripada syiar agama Allah yang mesti diagungkan dan dihormati. Allah subhanahu wa ta‘ala menjelaskan bahawa mengagungkan dan menghormati syiar agama Allah itu adalah satu tanda ketakwaan hati orang-orang yang beriman. Firman Allah:
Tafsirnya: “Dan sesiapa yang menghormati (membesarkan) syi‘ar-syi‘ar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa), kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”
(Surah al-Hajj: 32)
Yang pastinya, keuntungan mengerjakan ibadat korban ialah janji Allah dengan memberi ganjaran pahala yang amat banyak kepada orang yang melakukannya. Peluang yang sangat terhad dan pahala yang bakal diperolehi itu sepatutnya mendorong kita terutama orang-orang yang berkemampuan iaitu orang yang mempunyai lebihan harta sebanyak nilai harga binatang korban dari keperluannya dan keperluan orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Adha dan hari-hari Tasyriq, untuk merebut dan tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadat korban agar ianya tidak akan terlepas begitu saja. Antara fadilat dan kelebihan berkorban itu ialah:

1. Titisan darah korban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha:
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berkorban adalah sebanyak bulu binatang yang dikorbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’. Antaranya:
Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.”
Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimahullah, maksud hasanah itu ialah ni‘mat iaitu sama ada ni‘mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni‘mat terpelihara dari siksaan.
Manakala menurut Imam al-Qurthubi rahimahullah, maksud hasanah ialah iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Abu Dzarr radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Allah ‘azz wa jall berfirman: “Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)
3. Darah korban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Oleh yang demikian, peluang melakukan ibadat korban yang hanya datang beberapa hari dalam setahun di bulan Zulhijjah tidak wajar diabaikan dan dilepaskan peluang yang tidak ternilai itu begitu saja. Walaupun berkorban itu hukumnya hanyalah sunat sahaja iaitu sesiapa yang melakukannya mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa, namun demikian kita hendaklah melihat perkara sunat itu dari perspektif yang berbeza bahawa sesiapa yang meninggalkannya “Alangkah ruginya!”. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan yang mana menurut Imam asy-Syafi‘e: Tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan (ibadat korban) bagi orang yang mempunyai kemampuan. Jika ditinggalkan juga, maka hukumnya adalah makruh.
Oleh kerana itu, hargailah dan rebutlah peluang untuk berkorban semata-mata mengharapkan keredaan Allah subhanahu wa ta‘ala di samping memperoleh fadilat yang telah dijanjikanNya. Semarakkanlah syiar Islam dengan melakukan ibadah korban selagi hayat dikandung badan.

p/s : marilah kita renung2kan kembali apa yg dikata diatas... jika kita ada rezki yg lebih, apalah salahnya utk kita melakukan ibadah korbon ini...wallahhuaklam...

Tuesday, November 24, 2009

ikan kerisi masak asam & ikan bilis sambal

dah lama rasanya tak tulih resepi...
bila ek last??? huhuhuhuu....
ari nie nak tulih resepi ikan kerisi masak asam ngan ikan bilis sambal..
nie menu dinner semlm...
lama rasanya tak mkn masak asam...
buat pedas2.... uuuuuwahhh terangkat...
sori abah tak suka pedas2... huhuhuhhuu
ibu gorengkan ikan utk abah.. heheheheh...

ikan kerisi masak asam..

Bahan2 :-
-2 ekor ikan kerisi
-1 biji bawang besar (hiris halus)
-2 ulas bawang putih (hiris halus)
-6 biji cili api (hiris halus)
-1 inch halia (hiris halus)
-1 cawan air asam jawa
-sedikit garam
-sedikit gula
-sedikit minyak utk menumis

Caranya :-
-gorengkan ikan sehingga garing.. kemudian angkat..
-panaskan minyak, kemudian masukkan bahan hirisan...
-masak sehingga naik bau (sampai terbersinla...huhuhuhuuh)
-pastu masukkan air asam jawa...
-tunggu sampai menggelegak, perasakan dgn garam dan gula...
-kemudian boleh la masukkan ikan...
-mmm dah pon masak... bleh la tutup api....

ikan bilis sambal...
Bahan2 :-
-segenggam ikan bilis
-1 sb cili boh
-1/2 biji bawang besar (tumbok)
-2 ulas bawang putih (tumbok)
-1/2 inch halia (tumbok)
-1/2 cawan air asam jawa
-sedikit garam
-sedikit gula
-1 biji bawang besar (mayang halus)
-sedikit minyak utk menumis

Caranya :-
-goreng ikan bilis sampai garing, kemudian ketepikan..
-panaskan minyak, goreng bahan tumbok sampai garing...
-kemudian masukkan cili boh...
-masak sehingga pecah minyak...
-pastu masukkan air asam jawa dan bawang yg dimayang td...
-kemudian perasakan dgn garam dan gula...
-agak2 dah pekat sket, masukkan ikan bilis...
-masakkan lagi sampai pekat dan pecah minyak...
-pastu boleh la tutup api...

ikan goreng utk abah...
uuuuiiihhh sodap nye makan... nie la sbbnya berat badan saya makin bertambah...
makan mlm tak hengat... kau2 nyer... pedas cam nie mmg kegemaran saya la... bertambah2 mkn... abah cuba bg nasihat sket kat ibu nie... control sket makan tu...huhuuhuu....


ILHAM demam.....

semalan saya terpaksa cuti...
ilham demam...
org tua2 kata demam nak merangkak...
memang seminggu dua nie ilham dah angkat ponggong dia...
tp tak merangkak2 lagi...
kesian kat ilham...
tp ilham kalu demam dia tak merengek2... alhamdulillah...
senang la nak jg dia...
petang ari ahad lagi dah rase badan dia cam dedar2...
ingatkan kejap jer... haaaa... bila tgh mlm panas badan ilham...
dia lak tak tido.... dok main tgn dia....
ibu ngan abah ilham tgh sodap tido... zzzzzzzzzz....
dgr gak ape la yg bunyi2 tu.... rupa2nya ilham tak tido....
mungkin sebab badan dia rasa tak sedap kot...
cepat2 abah turun bawah amek kain basah ngan cool feever..
tp....dia tak nangis pon....
ilham2.... pg2 semlm cepat2 bawak g klinik...
dokto kata demam biasa jer...
alhamdulillah... ari nie badan ilham dah tak berapa panas....

tgk la tu... demam pon boleh senyum lagi...

demam2 pon terpaksa dok dalam walker.... mmmm kesian2....

terpaksa letak dlm walker sbb ibu nak wat keje... abah takde nak tgk2kan ilham... mulut tu ternganga2 nak makan la tu... walaupon demam selara nak mkn tetap ada... :)


Sunday, November 22, 2009

Anakku Ceria Giveaway Contest

sticky mode sampai 22/11/09..
sila scroll kebawah utk entry yg baru... :)

Inilah dia gambar anakku yang paling ceria... Ceria ke??? hahahahahha...
Juri2 ceriakan ilham.... Ilham anak ibu yg pertama... Dialah permata hatiku...
Anakku sayang NUR ILHAM BINTI MOHD SANUSI
Lahir pada 28/3/09


Cara penyertaan:



1. Be a follower of http://mystory-noriza.blogspot.com/
2. Be a follower of http://jommainkutu.blogspot.com/
3. Put entry contest in your blog (sticky mode entry ya!) dengan gelagat anak anda yang paling ceria.
4. Copy the contest banner into the blog entry with the contest link in your entry http://mystory-noriza.blogspot.com/
5. Place the Contest banner in your sidebar with link back to the contest entry (no link back will be disqualified)
8. Leave a comment on this post (Anakku Ceria Give away Contest) for me to pick up the winner.
Syarat-syaratnya;
1.Terbuka kepada ibubapa yang mempunyai anak/anak sedara/ di bawah usia 24 bulan.
2. Satu contestant 1 entry sahaja
3. Contest bermula dari 22 October 2009 sehingga 22 November Nov 2009
4. Proses pemilihan pemenang akan dilakukan oleh juri-juri yang dilantik oleh penganjur.
4.Gambar pemenang akan dipamerkan di blog penganjur
5.Proses pemilihan pemenang oleh juri adalah muktamad


Tentang Hadiah pulak!Jeng jeng ini hadiahnya

* 1 Vantage Cookware 3.0L


1.Hanya 1 pemenang akan dipilih dan akan memenangi dan ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/

BEST kan..Teruja tak nak dapatkan hadiah tue..Apa lagi join la sekarang snap gambar anak yang paling ceria

Thursday, November 19, 2009

jln2...tgk ikan.. :)

mmmm, kitorg g tgk ikan nie masa ari ahad...
tp tak ingat ahad bila,tp dlm bln nie la...
kat shah alam nie, ada 1 tpt utk pameran ikan dan ada juga ikan utk dijual...
tpt nyer bersebelahan ngan wetworld kat ngan tasik shah alam...
mmg best la...ada byk jenis2 ikan kat cnie...
saya sendiri pong tak kenal jenis2 ikan kat situ...
harga2 ikan pon boleh tahan... ada yg harga RM30K...
boleh beli kete kancil tu....huhuhuhuhuhuhuhu...



ilham tgh ralit tgk ikan...

sekumpulan ikan....tgk tu.... macam2 jenis ikan ada....
 sapa tau ikan yg warna putih tu ikan apa? :)
ilham cam budak dah bosar.....

Wednesday, November 18, 2009

Fatucinie with white sos


Bahan2 :-
-500g fatucinie
-900g white sos (saya guna 3 tin prego yg warna biru tu)
-500ml fresh milk
-1 sudu teh origano
-3 ulas bawang putih (ketok)
-1 tin cendawan butang
-2 keping cheese dale
-sedikit lada hitam (tumbok)
-sedikit minyak utk menumis
-ayam cincang (saya guna ramly)
-sedikit garam

Caranya :-
-rebus fatucinie sampai lembut..letak garam sket masa rebus..
-dah masak, toskan...
-tumis bawang putih dan lada hitam..
-kemudian masukkan ayam cincang..
-masak sehingga air ayam kering..
-pastu boleh la masukkan white sos td...
-masukkan sekali fresh milk...
-tunggu sampai menggelegak, masukkan cendawan dan cheese dale...
-pastu masukkan oregano dan perasakan dgn garam....
-biar menggelegak lama sket, boleh la tutup api...
---------boleh la dimakan----------

masa saya buat nie kuahnye tercair, sbb letak 1L susu... tp rasa tetap ok.... :)

Tuesday, November 17, 2009

Makan2....

ari nie kat opis ada wat mkn2...
saja2 jer... hehehheee...
dihujung2 bersama ngan sime darby surface tech kan...
huhuhuhuhuhu...
pasnie tak tau la kat mana kitorg nie....
takla byk makanan nye... tapi cukup la utk kitorg 4 org...
takde amek gamba hazmi ngan amin.... (sorry lol)
dah tak saba nak mkn, lupe nak amek gamba korang...
masa kitorg wat makan2 nie bos tak dtg lagi...
sorry aaaa mr.ong...
tapi bila dia sampai kitorg bg dia rasa masakan kitorg....
hihihihihihihihihi...

ada tiramisu,fatucini with white sos (saya yg masak, resepi next entry) dan macaroni bakar... napa la pisau tu kat situ???


abaikan muka saya yg blur tu yer... hehehhe... kat opis nie saya ngan alicia jer pompuan...yg lain semua lelaki...

Monday, November 16, 2009

Kek Buah- Alisya


mmmm.. buat kek lagi...
tepung kek alisya nie beli sama2 ngan kek cheese ari tu...
minggu lepas baru ada kesempatan nak buat...
tapi saya tukar sket resepi nie...
tak pakai buah tapi pakai kismis hitam..
sedap jugak...
ilham byk makan kek nie...
jom kita tgk camana nak wat kek nie...

Bahan2 dlm set tepung :-
-bahan A
-bahan B

Bahan2 tambahan :-
-buahan campuran (tak guna nie, tp guna kismis hitam)
-1/2 buttercap
-2 biji telur
-esen vanila

1st step...

-gaulkan kismis dgn tepung gandum,supaya kismis tak mendap di bawah...

2nd step..

-gaulkan bahan A dgn butter sehingga cair...
-kemudian masukkan telur satu persatu...

3rd step...

-kemudian masukkan bahan B dan esen vanila....
-putar sehingga rata...
-lepastu boleh la masukkan kismis...

4rd step...

-masukkan adunan kedlm loyang..sebelum tu, lenserkan loyang dgn buttercap..
-tutup loyang dgn aluminiumfoil... dan kukus selama 2jam..
-kalau ikut resepi bakar selama 50 minit...
-tapi saya sajer2 nak kukus lak.. huhuhuuhuuhu..





dan inilah hasilnya.....

Friday, November 13, 2009

Baby In Romper Contest

HAAAA.. CONTEST LAGI....
sesiapa yg berminat boleh la join...
jom la kawan2 join contest nie... :)


t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'
[hanya tajuk ini yang diterima]
2. upload gambar baby anda yang beromper ittew
[overall tak masuk senarai tau!]
3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
4. bermula dari harini hingga 24 nov
[sempena birthday adeeb lewww]
5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper
[tiada unsur paksaan]
6. pastikan ada link me & kodai me sekali
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
7. juga di bloglist anda
[wajip]
8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified
[nasib kome la yer...]
9. no votes, no slogan
[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]
10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..
[jangan luperrrr...]
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
JENG JENG JENG....
inilah dia anak ibu yg comel memakai ROMPER....
ROMPER nie paksu ilham yg bagi tau...
cam gaya bebudak dah besar jer ilham nie...
padahal masa nie ilham baru 6 bulan...


NUR ILHAM BINTI MOHD SANUSI
LAHIR PADA 28/03/09 (7 BULAN LEBIH
)

Thursday, November 12, 2009

Mok cik & pok cik ilham (abah's sides)

mmmm skang nie nak citer pasal mok cik & pok cik ilham sebelah abah..
ari tu citer pasal auntie & uncle sebelah ibukan...
mmmm.. gambar nie diambil masa raya baru2 nie (2009)..
tp ada 2 org mok cik & pok cik(cik mah&pok lang) tak blk raya nie..
lg sorang pok lid,kitorg takde gambar mereka...

nie keluarga moklong & poklong ilham...

nie keluarga mokngoh & pokngoh ilham.......
keluarga cikdenun & ayohde ilham...
keluarga cikdah & cikman ilham...

keluarga cikpah & cikwri ilham...
keluarga cikjah & cikzul ilham...

keluarga cikya & ciknizam ilham...

keluarga ilham....... hehehehehehe...

mmmm... kalu 11 keluarga balik... waw...meriah umah tok ki nie.... ramaikan sepupu ilham sebelah abah......

Wednesday, November 11, 2009

Tumis Lakse

mmmm nie resepi dr keluarga sebelah suamiku (terengganu la)...
memang nie makanan kegemaran suamiku..
blajar masak pon dgn kakak ipar...
1st time masak tumis lakse pakai mee kuning..
selalunya pakai spageti atau bihun...
tp yg asalnya pakai mee lidi...
mee lidi nie kat terengganu jer ada...
mmmm antara spegeti, bihun n mee kuning...
mee kuning lagi sodap... :)

dinner semlm...


Bahan:-
-1 peket mee kuning
-3 ketul ayam isi ayam (potong dadu)
-bawang merah (tumbok)
-bawang putih (tumbok)
-lada hitam (tumbok)
-1 biji telur
-sawi
-1 ketul kiub ayam
-1 sudu sos tiram
-minyak utk menumis
-air

Caranya:-
-panaskan minyak, kemudian goreng bahan tumbok..
-bila dah naik bau, masukkan isi ayam..
-bila agak2 ayam dah masak, masukkan air (ikut suka,kalu nak
bekuah letak lebih airnya)...
-pastu masukkan kiub ayam dan sos tiram...
-tunggu menggelegak, masukkan telur...
-pastu masukkan sawi dan mee...
-tunggu menggelegak boleh tutup api...


Bahan2 cili kicap:-
-1 biji bawang putih
-8 biji cili api
-kicap
-tumbok bawang n cili, bila dah lumat masuukkan kicap...

sedia dimakan...

Tuesday, November 10, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST


comel sungguh anak ibu pakai tudung BIRU tu...
The cutes baby... huhuhuhuh..
Semoga anak ibu menjadi anak yg solehah...
Anak ibu NUR ILHAM BINTI MOHD SANUSI
Lahir pada 28/03/09 (7 bulan lebih)


Cara Penyertaan :

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST


Sempena meraikan our 5th Anniversary on 17th November 2009, saya dengan kecik besar hati ingin organized :


CUTEST BABY IN BLUE CONTEST


secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye!

Kentang putar

kentang putar nie wat ari sabtu ari tu...
buat utk ilham... tp ibu ngan abah tumpang sekali..
huhuhuuhu... cedap tak ilham?? cedapnye bu.... :)


kentang putar

Bahan2..
-5 biji kentang
-mentega
-garam
-kalau nak gebu letak 1 sudu baking pawder.

caranya...
-rebus kentang sampai empuk..
-pastu lenyek kentang sampai halus...
-kemudian masukkan mentega dan garam...
-pastu boleh la bentuk2kan kentang td menggunakan sudu..
-semua perkara diatas hendaklah dilakukan ketika kentang tu panas..
kalau tak dia tak jd.. so, kene sabar sket la...


sos kentang putar..

Bahan2...
-2 biji bawang putih
-lada hitam (tumbuk)
-kicap
-1 ketul kiub ayam
-5 sudu tepung gandum
-garam
-1 cawan air
-minyak

Caranya..
-ketuk bawang putih, kemudian gorengkannya..
-bila dah naik bau masukkan tepung...
-pastu masukkan air,lada hitam dan kiub ayam...
-kemudian masukkan kicap.. kicap nie ikut suka,
kalu nak warnanya pekat msk byk sket,kalu xnak msk sket jer...
-pastu perasankan dgn garam...
-bila sudah pekat tutup api.. kemudian blendekan sos nie, sbb dia beketul2..


tadaaaa....

ilham meh ibu bg makan... yamyamyamyam... :)

My siblings....

Hari nie nak bercerita tentang adik beradikku...
adik-beradik abah nanti ye (entry yg lain)....
kiranya auntie n uncle2 ilham la nie...
gamba2 nie amek masa raya tahun 2008..
so, gamba ilham ngan adik ijan takde la lg...
dua2 dlm perut lagi...
masa nie tgh mabuk giler...
tak raya kemana pon dok umah jer...


nie keluarga abg n kakak ipar... ilham panggil paklong n mama long.. yg kecek tu abg ash, dlm perut mama tu ada adik ijan lebih kurang 3 bln...


abah n ibu... ibu yg tak larat... dlm perut ada ilham lebih kurang 4 bln..


dr kiri: pak lang,pak su n auntie.. yg duduk tu opah n atok ilham..
emak n abahku..ini la adik2ku yg belum berumahtangga..


inilah dia keluargaku... tahun 2008 maksuku (adik bongsu emak) beraya dgn kitorg sbb suami dia kerja diLubnan... yg sebelah auntie tu onyang ilham (ibu emakku) dan disebelah pak lang tu pahcu ilham (maksuku).. anak2 pahcu yg duduk dihadapan tu afifah n afnan...

Monday, November 9, 2009

Popia Kentang

popia kentang nie resepinya ciptaan sendiri....
saya selalu buat byk2, pastu simpan dlm frozen...
bila lapar atau org dtg boleh terus goreng...
huhuhuhuhu... rasanya memang la sodap...
puji diri sendiri tu...
hahahahahahah.... betulkan bah... sedapkan...

minum ptg semalam...


Bahan2..
-kulit popia (beli ajo kat mydin)
-2 ketul ayam bhg dada (cincang)
-1/2 kiub ayam
-6 biji kentang saiz sederhana
-lobak merah (hiris nipis)
-lada hitam (tumbok)
-bawang merah (hiris halus)
-bawang putih (hiris halus)
-minyak
-1 sudu tepung gandum (utk lekatkan popia)
-sedikit air
-garam

Caranya...
-rebus kentang sehingga empuk..
-kemudian lenyekkan kentang tadi dan ketepikan..
-goreng bawang merah dan putih sampai naik bau..
-kemudian masukkan ayam, goreng sampai masak..
-masukkan air dan kiub ayam...
-pastu masukkan lobak merah dan lada hitam..
-perasakan dgn garam..
-semuanya telah digaul rata, masukkan kentang yg telah dilenyekkan tadi..
-gaul sampai rata, kemudian tutup api...
-bg kentang td sejuk... pastu boleh la digulung dgn kulit popia td..
-sedia digoreng... sedap dimakan panas2... nyamnyamnyam..

Cucur Roti

Resepi asal dr kak ummi... TQ kak.. tp telah diubah suai jugak...

Sarapan pagi hari ahad...



Bahan2..
-7 keping roti (saya guna Hi-5)
-1 cawan air
-1/2 cawan susu cair
-bawang besar (potong dadu)
-cili merah (hiris halus)
-lobah merah (potong dadu)
-udang
-ayam (potong dadu)
-garam
-2 biji telur
-5 sudu besar tepung jagung
-lada hitam (tumbok)

Caranya...
-rendam roti dgn air dan susu...
-masukkan ayam,udang,telur,lobak merah,
cili merah,bawang besar,lada hitam...
-gaulkan kesemuanya sehingga rata...
-kemudian masukkan tepung jagung. (kalau adunan td agak cair
tambah lagi roti atau tepung. kalau keras tambah lagi air)
-kemudian perasakan dgn garam
-pastu boleh la digoreng...

boleh dimakan ketika pagi atau minum petang... :)

Udang scrambel egg

resepi asal dr kak ummi... TQ kak... tp telah diubah suai...



Bahan2..
-10 ekor udang
-bawang merah (tumbuk)
-bawang putih (tumbuk)
-lada hitam (tumbuk)
-lobak merah (potong bulat)
-bawang besar (hiris bulat2)
-telur
-daun sup
-minyak utk menumis
-kentang (potong dadu)
-cili merah (hiris halus)
-garam

caranya..
-goreng udang sampai masak, kemudian ketepikan..
-goreng kentang sampai kekuningan, kemudian ketepikan..
-panaskan minyak, kemudian goreng bahan tumbuk sampai naik bau..
-kemudian masukkan udang,kentang,bawang besar n lobak merah..
-gaul rata kesemunya...
-kemudian ketepikan bahan2 tadi, pecahkan telur dan hancurkan...
-pastu gaulkan bahan2 td bersama2 telur yg dihancurkan td...
-last sekali masukkan daun sup dan hirisan cili merah...
-kemudian perasakan dgn garam..

sedia dimakan dgn nasi panas2.... cedaaaapp sgt... :)

Friday, November 6, 2009

KEPUTUSAN????

dup...dup...dup...
berdebar rasa hati nie....
aiii.. tak sabar rasa nak tunggu KEPUTUSAN...
selagi tak kuar KEPUTUSAN...
uuiiish... tak senang hati nie dibuatnya...
KEPUTUSAN apakah itu?????
mmmm dlm bulan nie saya akan tau KEPUTUSAN
dimana tempat suamiku akan posting...
harap2 biarla berdekatan dgn tpt tinggal kami...
rumah di shah alam, saya bekerja di shah alam..
pengasuh ilham di shah alam, lgpun ilham dah rasi dgn pengasuhnya skrang..
kalu postingnya jauh camana la nanti...
dah tentu saya kene berenti kerja, cari kerja lain...
nak kene cari rumah lain pulak..
nak kene cari pengasuh lain....
dan macam2 lagi yg perlu difikirkan...
risau dibuatnya nie...
YA Allah bantu la hambamu ini...

Gaya Ilham tido....zzzzzz...

citer ari nie, pasal gaya ilham tido....
tgk la gaya ilham tido...
dari ilham umur seminggu sampai umur 6 bln...
gambar terbaru xde...
tapi, yg saya tgk la, Ilham suka tido menerap...
huhuhuhuhu









haaaa.. amek ko.... terkangkang ilham tido...
aiya... zzzzzzzzz....